Pages

Thursday, September 8, 2011

Anak Kelaparan, Kera disusukan..


Wira Negara
Negara diselubungi kesedihan kerana peristiwa kematian rakyat Malaysia di Mogadishu.  Saudara kita Noramfaizul yang dinobatkan sebagai Wira Negara menemui ajalnya tatkala menjalankan kerja amal di negara yang tidak putus putus dilanda kemelut kemiskinan yang amat menyedihkan. Seluruh rakyat bersedih termasuklah pemimpin tertinggi negara, PM Datuk Seri Najib terpaksa memendekkan tempoh percutian beliau di Perth semata mata untuk bersama khalayak untuk menyambut wira negara yang hanya tinggal sekujur tubuh kaku kerana telah dipanggil menemui Tuhannya. Sebagai insan yang bersama merasai kesedihan, kita mengucapkan rakaman takziah kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul yang kita lihat tenang menerima ujian Allah ini dan reda atas pemergiannya. 
Di dalam ketenangan keluarga beliau menerima ujian ini kita juga mahu pihak penganjur, Kelab Putera 1 Malaysia bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku.  Ia menggambarkan tiada ciri-ciri keselamatan yang rapi diusahakan oleh penganjur untuk peserta misi dan wartawan di sana.  Sepatutnya mereka yang mengikuti misi ini dibekalkan dengan jaket keselamatan untuk menjamin keselamatan mereka.  Begitu juga dengan kawalan tentera dan polis di negara tempat mereka bertugas hendaklah dipastikan terlebih dahulu oleh pihak penganjur sebelum mereka melaksanakan tugas tersebut.  Kita juga dimaklumkan bahawa kenderaan yang dinaiki oleh petugas tidak mempunyai sebarang label yang khas yang menandakan ianya adalah kenderaan petugas yang menjalankan operasi bantuan.  Kehadiran kenderaan yang tidak mempunyai sebarang tanda khas yang dimaksudkan sudah tentu akan mengundang rasa syak pihak tertentu.  Kemungkinan peluru yang dihalakan kepada kenderaan yang dinaiki Allahyarham Noramfaizul dan rakan-rakan bukannya peluru yang ‘sesat’ tetapi merupakan peluru yang sememangnya dihalakan ke sasarannya!

Benarkah negara kita prihatin?
Sebagai rakyat Malaysia kita amat berbangga dengan kegigihan misi kemanusiaan yang dilakukan oleh para sukarelawan yang sanggup menggadai nyawa membantu insan sejagat yang ditimpa malang.  Sebelum ini sudah banyak misi kemanusiaan yang melibatkan rakyat dari negara kita telah meredah kesusahan dan bahaya seperti misi ke Gaza, bantuan kepada mangsa Tsunami di Acheh dan Jepun serta bantuan kemanusiaan kepada mangsa runtuhan akibat gempa bumi di Christchurch, New Zealand.  Negara telah mengorbankan masa dan jutaan ringgit demi menunaikan tanggungjawab sebagai insan yang prihatin terhadap sesama insan yang lain yang menumpangi bumi Allah ini yang dilanda berbagai musibah.  Rakyat Malaysia ternyata pemurah jika dijumlahkan kutipan sumbangan yang berjaya dikumpulkan untuk membantu mangsa pada setiap kali berlaku bencana di dalam atau pun di luar negara.  Syabas kepada semua rakyat Malaysia.


Rakyat sendiri terabai
Namun di sebalik sikap prihatin negara kita kepada kemelut kemiskinan yang melanda di luar negara, secara sedar atau tidak kita telah menafikan rakyat kita yang tidak kurang jumlahnya yang melarat dan berada di paras kemiskinan tegar. Apakah nasib ribuan rakyat ini sudah terbela sehingga kita kerap mengalih perhatian kita kepada kemelut kemiskinan yang melanda di luar sana.  Masih ramai rakyat Malaysia sendiri baik yang tinggal di negeri di bawah kerajaan parti Barisan Nasional mahu pun yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat melarat di bumi sendiri.  Rata-rata  mempunyai penghuni warganegara Malaysia tulin yang dibayangi kehidupan miskin yang melarat.  Mungkin kita belum pernah mendengar laporan kematian akibat kebuluran di negara kita, tetapi adakah kita mahu menunggu ke saat yang menyayat itu barulah kelam kabut kita hendak adakan berbagai formula ekonomi untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik ini.  Negara dilambakkan dengan begitu ramai pakar ekonomi kononnya, namun setakat ini banyak formula penyelesaian hanyalah retorik semata-mata.  Kupasannya hanya sedap di dengar di seminar dan kolokium para cendekiawan ekonomi yang hanya berjaya menunjukkan gaya berpidato yang hebat sahaja.  Sahnya rakyat jelata masih menadah tempurung menunggu ihsan pemerintah yang telah mereka ikhlaskan kuasa dan amanah untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Berapa lama lagi harus rakyat menunggu menjadi persoalan yang tidak kunjung jawapannya. 

Jika kita mengambil kira jumlah yang telah kita sumbangkan kepada masyarakat luar negara melalui kutipan ikhlas rakyat Malaysia dan peruntukan kerajaan selama ini, kita penuh yakin jumlah tersebut yang ditaksirkan jutaan ringgit mampu untuk meredakan kemelut kemiskinan yang melanda negara kita sendiri.  Apakah soal kemiskinan di dalam negeri sudah beres diuruskan dengan bijak oleh pemerintah sehingga kita boleh memberi fokus kepada negara luar.  Adakah tanggungjawab kita memberi keutamaan menolong kaum kerabat yang di dalam kesusahan tegar seperti yang dituntut oleh agama telah kita sempurnakan sehingga berlebihan wang kita salurkan kepada pihak luar.  Kalau tidak jawapannya apakah yang kita cari apabila bersungguh benar kita gagahi ranjau dan onak menghantar misi kemanusiaan seperti ke Somalia. Adakah pujian dan sanjungan yang menjadi matlamat akhir kita. Renungkanlah.

Wednesday, August 31, 2011

neo-journalism’



THE LAST two decades have seen a mushroom growth of the Fourth Estate in the North-eastern region in general and Assam in particular. There is no doubt that due to this haphazard growth, the demand for mediapersons has increased, but their functioning in general has fallen short of the set journalistic norms. With information technology witnessing a fast pace of development, the media houses have not been able to get competent and trained workforce to cope with the increasing demands of this ever expanding and fast changing sector. The vacuum created by such situations has given birth to ‘neo-journalism’. This is just a ‘stopgap’ arrangement for the unemployed educated youths.

The majority of media houses take advantage of the burgeoning unemployment problem (especially among the educated youths) and engage inexperienced people to do those jobs, which require expertise and technical and language skills. But the moot point is that such people lack the primary knowledge of professional ethics. Nor do they have even the basic experience of interacting or communicating with people, which is a vital point to be developed in public relations – an inseparable part of journalism. To cut a long story short, they demonstrate a poor exhibition of their ethical behaviour. What, of course, they are unnaturally very sure of, is that their job is quite ‘glamorous’. This ‘neo-journalism’ is harmfull for the profession in all respects.
As of today, one comes across instances of many conflicts between the media and other sections of society. One of the reasons for such irritants is the violation of the basic norms of journalism. It hardly needs reiteration that a pen-pusher or a journalist should remain ‘restrained’ in the most trying of circumstances. This, to say the least, is in the interest of gaining confidence of the people in the profession.

With regards to reporting, the less said the better. There are a number of cases of reports leading to controversies. At the other extreme are the readers who remain a confused lot in so far as the authenticity of the news is concerned. This happens mostly because of the ‘one-sided’ reports that appear in the print media and most of which are ‘syndicated’ (filed by people who may not have the requisite journalistic background).
The plight of the journalists in particular and the Fourth Estate in general can also be traced to other ancillary reasons. A significant aspect of modern-day journalism is the ‘hire and fire’ policy that is really very dear to most of the managements of the media houses. For minor mistakes, employees lose their jobs and that too even without a show cause notice. The poor innocent scribe fails to get his legal dues as well, in the long run. In all such cases, the media houses have the upper hand. The employees find themselves on the receiving end. In short, this noble profession continues to be badly insecure despite all the charms.
A large number of mass communication institutes are doing field work and preparing a number of journalists year after year. But they have not been able to make much progress in achieving their aims. Most of such institutions fail to even gauge the merits of their students. And, what more can one expect with the basic aim of most of these media training institutes. They are just need desperate to mint money depriving their students and that too at the cost of providing elementary education to their students. One thing is for sure, though these so-called institutes of media will never be able to supply the industry the trained and experienced manpower, if they cannot mould the minds of the students and subsequently create a true and ethical interest on the sector among their students. The motto should be to create the ‘right’ class of the journalists.



Copyright © merinews