Tidak berapa lama
dahulu ramai terkejut dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong penubuhan
negara Israel. Ramai yang tertanya-tanya adakah ia dilakukan secara tidak
sengaja atau Anwar sudah hilang hilang akal. Namun rata-rata penganalisa
politik mengetahui maksud tersurat di sebalik kenyataan itu dimana dia
mengharapkan sokongan dan dana politik bagi menghadapi PRU13. Dengan cara itu
akan mungkin akan memberikannya jalan pintas untuk menduduki kerusi empuk di
Putrajaya. Ini kerana umum mengetahui akan cita-cita Anwar untuk merampas
Putrajaya walau dengan apa cara sekali pun.
Namun apa yang ingin
dikatakan sekarang bukanlah berkenaan perihal dan cita-cita Anwar. Tapi lebih
kepada pendedahan berkenaan gerakan dan modus operandi yang hampir sama
dilakukan oleh juak-juaknya.
Tidak berapa lama
dahulu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan untuk membangunkan Hub Penapisan
Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas yang terbesar dan termoden di rantau
ini. Projek yang akan dibangunkan dengan kerjasama kerajaan negeri Johor itu
dianggarkan bernilai hampir RM 60 billion dan merupakan program pembangunan
yang diletakkan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).
Namun begitu, seperti
kelazimannya apa sahaja projek pembangunan yang dibangunkan oleh kerajaan BN akan
mula dicemuh oleh pembangkang. Baru-baru ini Naib Presiden Keadilan yang juga
merupakan Ketua Keadilan Johor, Dr Chua Jui Meng telah mengeluarkan satu
kenyataan yang amat dangkal lagi bodoh dengan mengatakan projek tersebut
merupakan kilang radioaktif akan akan membawa kesan pencemaran.
Akhabr Sinar Harian
(Edisi Johor) melaporkan kenyataannya yang mengatakan bahawa dengan kehadiran
projek ini ramai orang akan menghidapi lelah dan penyakit khususnya kanak-kanak
dan orang tua yang akan hilang imuniti. Kenyataan bekas Menteri Kesihatan itu
yang dilihat terburu-buru serta amat tidak selari dengan taraf pendidikan yang
disandangnya.
Walaupun pada mulanya,
kenyataan ini hanya dilihat sebagai kenyataan yang biasa dari pembangkang,
namun menurut maklumat yang diterima ia bukan hanya sekadar kenyataan. Tapi
mempunyai maksud yang jauh lebih besar dan tersirat. Ini kerana setelah dikaji
secara menyeluruh, impak dari pembangunan ini dilihat akan mampu menjejaskan
Singapura secara langsung dan tidak langsung. Ini kerana Singapura juga
mempunyai hub penapisan dan simpanan minyak yang hampir sama dengan projek
pembangunan ini.
Sila rujuk kenyataan
sinis Lee Kuan Yew ketika seisi dialog tidak berapa lama dahulu, apabila ditanya
mengenai perancangan Malaysia untuk membina hub simpanan ini.
Dan baru-baru ini
Reuters (Singapore) melaporkan cadangan Singapura untuk membangunkan pembinaan
tanah baru bagi membina tempat simpanan minyak yang mampu menampung kapasiti
sehingga 4juta tong.
Menurut maklumat yang
diterima juga, mengatakan kebanyakkan tanah di kawasan pembangunan ini adalah
merupakan ‘tanah rezab Melayu’. Namun atas beberapa faktor tanah tersebut telah
dipajakkan kepada ‘tauke-tauke’ dari negara jiran. Walaupun tidak melibatkan
pertukaran nama secara sah, kerana status tanah tersebut namun gadaian itu
telah menyebabkan jutaan ringgit telah dilaburkan keatas tanah tersebut.
Antaranya pembinaan
sarang burung walit, tanaman nenas dan pelbagai produk tanaman, yang mana semua
hasilnya dihantar ke Singapura untuk diproses dan dipasarkan sebagai produk
keluaran negara tersebut.
Itu tidak termasuk
tanah-tanah penduduk Melayu tempatan yang telah disewa dengan harga yang begitu
murah dan tidak masuk akal kepada ‘mereka-mereka’ ini untuk membina
banglo-banglo mewah laksana istana di zaman dinasti.
Oleh yang demikian,
apabila kerajaan mengumumkan rancangan pembangunan di kawasan ini, maka sudah
tentu semua perusahaan ini akan mengalami kerugian kerana secara asasnya kerajaan
hanya akan membayar pampasan kepada ‘pemilik tanah yang sah’. Maka bermulalah
episod hasutan dan ugutan kepada warga dan penduduk tempatan untuk membantah
projek ini dari diteruskan. Alasan demi alas an diberikan seperti faktor alam
sekitar, pencemaran, radioaktif dan sebagainya.
Sedangkan rata-rata
penduduk sebenarnya amat bersetuju dengan pembangunan ini selain membuka
peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kampung ia juga secara tidak langsung
mampu menjana ekonomi penduduk setempat. Tanah-tanah yang diambil juga akan
dibayar mengikut harga pasaran setelah dinilai oleh jurunilai yang dilantik.
Ditambah pula dengan tawaran kerajaan negeri untuk membuka penempatan baru yang
jauh lebih selesa dan teratur berbanding sekarang. Tidak cukup dengan itu
kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk memberikan 2 ekar tanah sebagai
ganti kepada tanah mereka yang diambil.
Oleh yang demikian
maklumat yang mengatakan Chua Jui Meng menjadi jurucakap dan pembela kepada
‘rakyat negara asing’ ada asasnya. Dan semua ini dilakukan hanya kerana mengharapkan
sokongan dan dana politik bagi memudahkan cita-cita dan harapan Anwar untuk
menduduki Putrajaya.
No comments:
Post a Comment